JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang
menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para
sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada
pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.
Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang
bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat
tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk
menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.
“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu
pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh
isu sensitif orang Islam.
“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat
Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya
mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di
pusat tuisyen terbabit.
Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang
disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di
akhbar.
“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau
bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga
telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah
menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya.
SUMBER: KOSMO, 01 OGOS 2012
1 ulasan:
bagus dan untuk lebih bagus lagi boikot pusat tuisyen tuuuuu.Sebagai org Tangkak saya berasa sangat malu krn kita tidak bertegas dengan golongan seperti ini. ucapan maaf tidak memadai
Catat Ulasan