PENGUNJUNG SETIA

10 Ogos 2012

SULTAN JOHOR LAWAT PASAR TANI RAMADAN

  Sultan Ibrahim berkenan melawat pasar tani Ramadan di Kompleks Pasar Tani Kekal Bukit
Gambir sambil membeli juadah berbuka puasa dan bertemu rakyat jelata.
[ FOTO HAI ROZZAMAN JALAL/BH ]

Ledang: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melawat pasar tani Ramadan di Kompleks Pasar Tani Kekal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di Bukit Gambir, dekat sini.

Baginda meluangkan masa 30 minit melawat sekitar bazar Ramadan itu dengan diiringi Pegawai Daerah, Ab Han Ramin, Pentadbir Tanah Daerah, Haironnazli Esa serta Pegawai FAMA Muar dan Ledang, Abd Malek Ramli.

Menjunjung kasih 
 
Urus setia Pasar Tani Ramadan Bukit Gambir, Muhammad Najib Samsudin, berkata pihak pengurusan dan peniaga di kompleks menjunjung kasih atas kesudian baginda melawat pasar tani Ramadan dan beramah mesra dengan pengunjung.

Katanya, pihaknya tidak menyangka Sultan Johor memilih melawat pasar itu sekali gus memberi penghargaan kepada semua peniaga serta pengunjung di pasar berkenaan.

“ S a y a  g e m bira apabila dima k l u m k a n Sultan Johor sendiri akan melawat dan membeli juadah di pasar ini. Keberangkatan baginda memberi kenangan indah kepad a k a m i ,” katanya.

Najib berkata, pasar Ramadan itu menempatkan 50 peniaga dengan menjual pelbagai juadah berbuka puasa dan sejak dibuka, ia mendapat mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada kaum lain.

Peniaga kuih bebola kaya, Halim A Rahman, 39, berkata beliau teruja dan bertuah apabila baginda singgah di gerainya untuk bertanya khabar dan melihat cara membuat kuih serta membeli juadah itu.

Bagi peniaga cendol 1Malaysia, Rafi Jaafar, 40, yang pertama kali berniaga di pasar itu turut gembira apabila Sultan Ibrahim berkenan melawat dan bertemu peniaga serta pengunjung sambil membeli juadah di situ.

SUMBER: BH JOHOR, 10 OGOS 2012

Tiada ulasan: