LEDANG - Pejabat Pertanian Daerah Ledang mensasarkan lebih ramai petani
di daerah ini mempunyai kesedaran untuk mengaplikasikan penggunaan
bakteria baik (EM) dalam sektor penternakan dan pertanian.
Pegawainya, Abdullah Rashidi berkata, setakat ini hanya 300 daripada 5,000 petani daerah ini yang menggunakan EM, tetapi penggunaannya tidak konsisten.
Menurutnya, bagi meningkatkan kesedaran itu, Pejabat Pertanian Daerah Ledang telah menubuhkan tujuh kilang penghasilan EM melalui kerjasama dengan beberapa pemilik ternakan di daerah ini.
“Terbaru, kita bekerjasama dengan pemilik Unggul Inovatif Opitimis (UIO), Azman Md Rasip dari Kundang Ulu sebagai salah satu pusat pemprosesan EM.
“Dia (Azman) diberikan dua tong percuma, 60 botol EM dan molasass (tahi gula) untuk membiakkan mikrob yang terkandung dalam EM,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada lawatan ke UIO Agrofarm di Kundang Ulu, Bukit Serampang, semalam.
Lawatan yang disertai Pengarah Pertanian Negeri Johor, Adnan Mat Kassim itu, turut melawat ladang berkelompok sayuran dan rumah ternakan burung walit di Batu 18, Sengkang Bukit Gambir, dekat sini.
Abdullah berkata, setiap pemilik pusat mikrob akan diajar membancuh EM dan bekalan yang diberikan akan bertahan sehingga 10 tahun.
“EM ini selain untuk kegunaan sendiri, mereka boleh jual kepada petani berhampiran dengan harga RM 5 setiap seliter.
“Sebelum ini penggunaan EM dalam kalangan petani tidak meluas kerana mereka menggunakannya apabila diberikan secara percuma oleh pejabat pertanian,” katanya.
Jelasnya, dengan adanya pusat pemprosesan di Kundang Ulu, petani sekitar daerah ini lebih mudah untuk mendapatkan bekalan EM dan menggunakan EM secara berterusan.
Tambahnya, pihaknya mahu memperluaskan penggunaan EM kerana menyahut seruan Kerajaan Negeri yang mahukan semua petani menggunakan EM serta mewajibkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai dua pusat mikrob EM.
“Ramai yang tidak sedar banyak manfaat diperoleh dengan penggunaan EM iaitu selain dapat menghilangkan bau busuk dalam ladang ternakan ia juga dapat menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti,” katanya.
Katanya lagi, EM yang disemburkan pada pada pokok dan tanah akan dapat membaiki struktur tanah dan mengurangkan tahap kemasaman pada tanah sekali gus menyuburkan tanah.
Tambahnya, Malaysia mahu menjadikan Johor sebagai pelopor menggunakan EM dan Kerajaan Negeri sudah memperkenalkan EM lebih tiga tahun tetapi rakyat masih kurang kesedaran tentang penggunaannya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 29 OGOS 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan