LEDANG - Pemuda Umno Bahagian Ledang, Badan Kebajikan Imam-imam dan
Jawatankuasa Imam-imam Masjid Qariah Daerah Ledang menerima permohonan
maaf guru dan pengusaha sebuah pusat tuisyen di Tangkak yang mencetuskan
kontroversi berhubung penggunaan karikatur dalam nota ringkas subjek
Sejarah tingkatan empat, baru-baru ini.
Penerimaan permohonan maaf secara terbuka dilakukan dalam sidang akhbar di Pejabat Umno Bahagian Ledang, semalam, dengan turut dihadiri pengurus pusat tuisyen tersebut, Lim Lee Yee dan tenaga pengajar terbabit, Fu Chong Yoong.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang, Zaidi Abd Majis berkata, secara peribadinya Pemuda Umno Ledang agak sukar untuk memaafkan individu terbabit kerana kesalahan itu sangat berat.
Namun begitu apabila melihat keikhlasan yang ditunjukkan itu katanya, Pemuda Umno bersedia memberikan kemaafan itu.
“Kemaafan ini bersyarat yang mana mereka perlu berjanji memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.
“Kami (Pemuda Umno Ledang) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas jika mendapati perkara ini berulang,” katanya dalam majlis tersebut.
Zaidi menegaskan, pihaknya juga tidak akan menarik laporan polis yang dibuat kerana tidak mahu selepas ini terdapat pihak lain dengan sewenang-wenangnya mempermainkan agama Islam.

“Diharapkan apa yang dilakukan itu akan menjadi pengajaran kepada pihak
lain dan menjadi lebih sensitif dengan agama lain di negara ini.
“Kita minta mana-mana pihak yang ingin menghasilkan bahan pelajaran seperti ini supaya merujuk dahulu kepada orang Islam. Sekarang ini terlampau banyak penghinaan terhadap Islam sama ada sengaja atau tidak disengajakan,” katanya.
Sementara itu, pengerusi badan berkenaan, Salimin Abd Ghani berkata, pihaknya menerima permohonan maaf dengan hati terbuka walaupun berasa cukup terhina dan tergores hati.
“Penerimaan maaf ini juga kerana umat Islam tidak pernah berdendam, selain bersifat pemaaf tetapi tidak berhasrat menarik balik laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, Isnin lalu," katanya.
Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah pusat tuisyen di sini, mencetuskan kontroversi apabila didakwa menggunakan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas bagi mata pelajaran Sejarah
tingkatan empat, bab lima, Kerajaan Islam di Madinah yang diajar kepada pelajarnya.

Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota tersebut
terdapat 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur mencerminkan
perwatakan tidak baik dan merupakan penghinaan terhadap agama Islam.
SUMBER: SINAR HARIAN, 03 OGOS 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan