NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
LEDANG - Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang berupaya melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang teknologi perubatan yang memenuhi keperluan industri pada masa kini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
berkata, KKTM adalah satu-satunya kolej yang menyediakan kursus tersebut
yang akan membantu melonjakkan kemajuan negara.
“Saya harap Majlis Amanah Rakyat (Mara) dapat melakukan usaha
melahirkan tenaga manusia bukan hanya dalam bidang vokasional tetapi
juga dalam bidang lain yang amat diperlukan oleh pihak industri pada
masa kini (teknologi perubatan).
“Kita bukan hanya buat analisa secara mendalam tetapi juga bekerjasama
dengan kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan
sektor lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kolej
berkenaan di Serom 4, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Miti yang juga Ahli Parlimen Ledang,
Datuk Ir Hamim Samuri dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Beliau berkata, tujuaannya untuk mengenalpasti tenaga apa yang
diperlukan industri dalam negara supaya kokurikulum KKTM dapat
diselaraskan disamping melahirkan pelajar berpengetahuan dalam bidang
keusahawanan.
Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan memorandum persefahaman (MOU)
antara KKTM dan Hospital Penawar yang disifatkan akan melonjakan
keupayaan lulusan kolej terbabit dengan kemahiran semasa dalam bidang
perubatan.
“Saya gembira apabila satu MOU antara KKTM, Mara dengan pihak swasta
iaitu Hospital Penawar ditandatangani yang membolehkan pelajar menjalani
latihan praktikal di hospital berkenaan.
“Ini satu usaha yang baik kerana dapat meningkatkan upaya mendalami ilmu pengetahuan yang mereka pelajari,” katanya.
Harapan beliau dengan MoU itu akan membantu kerajaan memperkasakan
keupayaan Mara melahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam bidang
teknologi perubatan.
SUMBER: SINAR HARIAN, 27 JUN 2014
SUMBER: SINAR HARIAN, 27 JUN 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan