TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

30 September 2010

TIADA CALON CABAR RIZAL

LEDANG – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ledang, Rizal Alias (gambar) sekali lagi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai ketua cabang tanpa bertanding pada mesyuarat yang diadakan di Tangkak pada 25 September lalu.

Menurutnya, beliau kini sudah dua tahun memegang jawatan ketua cabang PKR Ledang sekali lagi berjaya memenanginya tanpa bertanding kerana ketiadaan calon untuk mencabar beliau bagi merebut jawatan tersebut.

“Mesyuarat agung tahunan kali ini berjaya berlangsung dengan keadaan aman dan tenteram tanpa wujud sebarang perkara yang boleh menimbulkan rusuhan atau kacau bilau yang akan mengganggu anggota parti.

“Selain itu, pemilihan seramai 10 anggota parti PKR bagi mewakili cabang PKR Ledang untuk ke kongres PKR tidak lama lagi telah dipilih di mana lima daripada mereka dipilih oleh anggota parti dan lima lagi secara langsung dilayakkan untuk menjadi wakil terdiri daripada ketua cabang, timbalan dan tiga naib timbalan cabang PKR di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ketika diminta memberikan pendapatnya mengenai kekecohan yang berlaku pada pemilihan PKR di Selangor, beliau berkata, perkara sebegini adalah biasa dalam rencah kehidupan dunia politik yang melaksanakan sistem demokrasi.

“Itu adalah perkara biasa lebih-lebih lagi jika di kawasan tersebut mempunyai ramai calon yang bertanding dan itulah yang dinamakan demokrasi politik.

“Ia tidak perlu dihebahkan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 30 SEPTEMBER 2010

Tiada ulasan: