PENGUNJUNG SETIA

26 Januari 2012

19 PEKEBUN KECIL TERIMA BANTUAN


GOH Tee Tee (duduk dua dari kanan) bersama sebahagian daripada para pekebun kecil yang penerima bantuan peralatan dan insentif di Tangkak, Johor, baru-baru ini.


LEDANG 25 Jan. - Seramai 19 pekebun kecil di Tangkak menerima bantuan peralatan di bawah skim Program Galakan Usahawan (PGU) serta insentif untuk kebun integrasi dan tanaman selingan sebanyak RM9,000 di Pejabat Pertanian Ledang, Tangkak di sini baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, tiga pekebun kecil menerima peralatan antaranya mesin memproses makanan dan ketuhar manakala empat peserta kebun integrasi mendapat wang tunai RM750 setiap seorang dan 12 peserta tanaman selingan mendapat wang tunai RM500 seorang.

Bantuan dan insentif itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee pada majlis yang turut dihadiri Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi.

Tee Tee berkata, bantuan peralatan itu adalah bagi memastikan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dapat meningkatkan produktiviti selain mengembangkan perniagaan sementara insentif pula bertujuan menggalakkan tanaman selingan bagi membolehkan penggunaan tanah secara optimum.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 JANUARI 2012

Tiada ulasan: