Ledang: UMNO Bahagian Ledang
menyampaikan sumbangan berbentuk makanan serta wang tunai berjumlah
RM100,000 kepada 3,000 penerima terdiri golongan kurang bernasib baik di
daerah ini sempena Aidilfitri.
Ketuanya Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bantuan itu disumbangkan syarikat korporat, agensi kerajaan serta individu persendirian yang mahu membantu meringankan beban golongan berkenaan.
Menurutnya, sumbangan itu besar nilainya kepada golongan kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak terpinggir menjelang Aidilfitri nanti.
"Saya bersyukur kerana jumlah bantuan diterima tahun ini meningkat.
"Selain bantuan wang, kita dapat mengagihkan 700 kampit beras kepada golongan miskin pada tahun ini.
"Walaupun tidak lagi menjawat jawatan pemimpin utama Johor selepas 18 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar, saya akan tetap memberi perhatian terhadap UMNO Bahagian Ledang," katanya ketika berucap sebelum menyampaikan bantuan kepada golongan miskin, anak yatim dan Ketua Cawangan UMNO di bahagian itu di Masjid Al-Azim, Kampung Simpang Lima Darat, Bukit Gambir dekat sini, kelmarin.
Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Ledang Datuk Ir Hamim Samuri.
Abdul Ghani sebelum itu turut menyertai khatam al-Quran dan tadarus sempena Nuzul al-Quran di masjid berkenaan.

SUMBER: HARIAN METRO, 29 JULAI 2013