PENGUNJUNG SETIA

09 Julai 2013

SIJIL PENGUAT SEMANGAT

AB Han (kiri) menerima Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Berhad daripada Zakaria di Pejabat Majlis Daerah Tangkak.


Ledang: Majlis Daerah Tangkak (MDT) menjadikan penganugerahan Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Berhad sebagai penguat semangat untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Yang Dipertuanya Ab Han Ramin berkata, peranan dan fungsi PBT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam amat penting.

"Sebahagian besar orang awam beranggapan PBT adalah kerajaan bagi mereka. Maksudnya, pada pandangan mereka, sekiranya baik mutu perkhidmatan diberi PBT maka baiklah mutu perkhidmatan awam atau kerajaan.

"Sebaliknya, jika perkhidmatan diberi tidak mencapai jangkaan diharapkan, maka mereka beranggapan bahawa itulah tahap kualiti perkhidmatan yang diberi kerajaan," katanya pada majlis penyampaian sijil itu di pejabat MDT.

Penyampaian sijil itu disempurnakan Ketua Seksyen Elektrikal Dan Elektronik SIRIM Berhad Zakaria Mohamad Nor. Turut hadir Setiausaha MDT Sulaiman Ismail dan Ketua Whip MDT Abu Othman.

Ab Han berkata, pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dilakukan secara serius sejak 2010 membabitkan sembilan jabatan di bawah PBT berkenaan.

"Walaupun MDT bukan PBT pertama di negeri ini mendapat pengiktirafan sijil ini, ia amat bermakna kepada warganya," katanya.


SUMBER: HARIAN METRO, 09 JULAI 2013

Tiada ulasan: