TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

06 Julai 2013

'SAYA CAM PENJENAYAH UMPIL PINTU'



Ledang: "Saya dan ibu terus menjerit apabila terlihat mata pisau diguna penjenayah di celah daun pintu," kata Ida Haryati Satibi, 31, semalam.

Sebelum kejadian, Ida Haryati dikatakan sedang bersiap untuk keluar bekerja apabila terdengar bunyi bising di pintu rumahnya di kampung Simpang Lima, Bukit Gambir, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Dia yang bertugas sebagai penjawat awam di pekan berkenaan kemudiannya ke arah bunyi itu dan mendapati pintu rumah sedang diumpil.

"Saya terus memanggil ibu, Hamidah Othman, 58, untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Saya melihat penjenayah mengumpil pintu dengan mata pisau, tetapi pintu tidak boleh dibuka kerana pintu dipasang selak," katanya.

Menurut Ida Haryati, dia dan ibunya terus menjerit menyebabkan penjenayah itu melarikan diri.

Katanya, dia menghubungi Balai Polis Bukit Gambir bagi memaklumkan kejadian sebelum diminta membuat laporan kejadian terbabit.

"Saya terus ke Balai Polis Bukit Gambir, namun terkejut apabila diminta membuat pengecaman berkaitan dua individu ditahan polis sebelum itu.

"Saya cam mereka adalah dua penjenayah yang cuba memecah masuk rumah kami. Anggota polis berkenaan memaklumkan kedua-duanya ditahan orang ramai ketika cuba mencuri sebuah motosikal jiran tidak jauh dari rumah saya," katanya.

Menurut Ida Haryati, dia dimaklumkan penjenayah mencuri motosikal berkenaan sejurus melarikan diri.

SUMBER: HARIAN METRO, 06 JULAI 2013

Tiada ulasan: