PENGUNJUNG SETIA

15 Julai 2013

SUKARELAWAN DIMINTA DAFTAR DENGAN JKM

LEDANG 14 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta semua sukarelawan agensi itu supaya mendaftar untuk mengelak berlakunya insiden penyamaran yang boleh mengancam keselamatan golongan yang memerlukan bantuan iaitu warga emas dan orang kurang upaya (OKU). 

Pegawai JKM Ledang, Ab. Gani Ab. Bakar berkata, pihaknya akan merangka tugas mengikut kelapangan dan kesesuaian waktu sukarelawan terlibat menerusi program Khidmat Bantu di Rumah yang mula dilaksanakan JKM awal tahun ini.

"Dalam masa sama JKM sememangnya mahu menambah bilangan sukarelawan tetapi bergantung kepada permintaan terhadap perkhidmatan ini. Setakat ini kita mempunyai tiga sukarelawan, masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Serom dan Bukit Gambir.

"Sasaran kita ialah memberi sokongan serta bantuan kepada warga emas atau OKU yang daif dan tinggal bersendirian," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 15 JULAI 2013

Tiada ulasan: