Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
MENGAKU SALAH: Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku salah tuduhan rogol cucu.
Penoreh getah turut dikenakan 24 sebatan
MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang penoreh getah selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol cucunya yang berusia 13 tahun, pada Julai dan Ogos lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, menjatuhkan hukuman maksimun 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap kesalahan dengan hukuman dijalankan berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditahan pada 11 Ogos lalu.
Tertuduh berusia 57 tahun dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, di sini, kira-kira jam 11 malam pada 19 Julai lalu dan kira-kira jam 10.30 malam, 1 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes itu dijalankan Penolong Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Sutris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana faktor usianya yang lanjut dan menghidap sakit paru-paru yang bergantung kepada ubat untuk rawatan.
Bagaimanapun, Muhammad Fadhli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat kerana perbuatan tertuduh merogol cucunya sendiri adalah perbuatan yang jijik.
Katanya, tertuduh bertanggungjawab memegang amanah menjaga kanak-kanak itu selepas ibu bapanya bercerai, sebaliknya bertindak merogol mangsa sehingga menggelapkan masa depan mangsa.
Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat aduan di Balai Polis Bukit Gambir pada 8 Ogos lalu dan mendakwa dirogol datuknya beberapa kali sejak awal Januari 2007 hingga 1 Ogos lalu di rumah berkenaan, tetapi mangsa hanya mengingati dua kejadian pada 19 Julai dan 1 Ogos.
Tertuduh memegang amanah menjaga cucunya itu selepas kedua ibu bapa kanak-kanak itu berpisah sejak 2004.
Sumber: Berita Harian, 26 Ogos 2008

Tiada ulasan:
Catat Ulasan