LEDANG – Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak, kelmarin, dilihat mesra rakyat kerana memberi lebih banyak
fokus ke peringkat akar umbi dalam mengumumkan beberapa peruntukkan baru
untuk rakyat.
Nelayan antara kumpulan yang tidak ketinggalan untuk menikmati kelebihan itu apabila pemberian insentif elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan diteruskan termasuk perlindungan insurans RM100,000.
Sinar Harian mengambil peluang untuk menemu bual beberapa nelayan di Kesang Laut untuk mendengar pandangan mereka berkaitan pengumuman dalam bajet tersebut.
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan pengumuman itu, namun tidak kurang juga memberikan cadangan supaya insentif kepada nelayan ditambah baik dalam pembentangan bajet akan datang.
Pengerusi Nelayan Kesang Laut, Rosman Selamat berkata, memang diakui elaun bantuan sara hidup nelayan RM200 yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu telah membantu kehidupan nelayan.
Menurutnya, apabila Perdana Menteri meneruskan pemberian elaun untuk tempoh setahun pada tahun hadapan ia cukup menggembirakan kerana kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan nelayan.
“Sekurang-kurangnya wang ini dapat juga membantu meringankan kehidupan nelayan, selain pemberian bantuan subsidi petrol dan diesel.
“Cuma kami berhadapan masalah apabila ada ahli persatuan yang tidak menerima elaun sara hidup ini selama hampir tujuh bulan kerana lesen tamat tempoh, sedangkan tempoh untuk menyiapkannya mengambil masa yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, beliau berharap nelayan yang tidak menerima elaun sara hidup dalam tempoh beberapa bulan itu supaya diberikan tunggakan pembayaran elaun.
Berhubung perlindungan insurans RM100,000, Rosman berkata, dengan adanya skim tersebut, kebimbangan nelayan untuk turun ke laut berkurangan.
“Sebelum ini ada sebahagian nelayan yang tidak dilindungi insurans dan apabila ditimpa kemalangan, mereka telah kehilangan punca pencarian.
“Dengan pampasan insurans ini apabila berlaku kemalangan ia dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, menjadi harapan nelayan di sini, supaya bilangan nelayan yang boleh mendapat perlindungan insurans ditambah kerana sebelum ini yang dilindungi insurans hanya pemilik lesen dan seorang awak-awak bot.
Seorang nelayan, Md Derus Mohamad, 58, berkata, beliau turut menyatakan pendirian yang sama supaya lebih ramai bilangan nelayan yang dilindungi insurans.
“Daripada kira-kira 120 ahli nelayan di sini, hanya 60 nelayan yang dilindungi insurans,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 30 SEPTEMBER 2012