TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

28 September 2012

HELAH PERAGUT BERTANYA

 SAMINAM (kiri) melakonkan semula bagaimana peragut berkenaan merentap rantai lehernya di rumahnya di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir.

LEDANG: “Lelaki itu bertanya sama ada saya mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang dilarikan pencuri dua bulan lalu,” kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Saminam membasuh lantai beranda rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, sebelum didatangi dua lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5.

Seorang daripada lelaki terbabit menghampiri Saminam dan bertanyakan perihal Aziz.

Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Musian Abu, 78, berada di bilik air dan baru pulang dari menziarah jiran yang kematian bapa.

“Lelaki itu turut meminta saya menunjukkan lokasi rumah Aziz. Saya memaklumkan tidak kenal dengan nama individu dicarinya.

“Tiba-tiba rakan lelaki terbabit turun daripada motosikal lalu menarik tangan kanan yang sedang memegang penyapu sambil merentap rantai leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Saminam berkata, kedua-dua penjenayah terbabit gagal dikejar dan dia melaporkan kejadian di Balai
Polis Bukit Gambir.

SUMBER: HARIAN METRO, 28 SEPTEMBER 2012

Tiada ulasan: