TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

27 September 2012

MANFAAT KEMUDAHAN ASAS YANG DIBERI

LEDANG 26 Sept. - Ketua kampung atau pemimpin masyarakat di daerah ini diberi amaran supaya sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan dan memanfaatkan kemudahan diberikan terutamanya surau di kawasan masing-masing. 

Ketua Penolong Pegawai Daerah Ledang, Mustafa Kamal Shamsuddin berkata, berdasarkan siasatan dan penilaian pihaknya, sebanyak 16 buah surau di daerah ini tidak menghidupkan solat berjemaah lima kali sehari dan ada yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

"Apa yang mengejutkan, terdapat sebuah surau di daerah ini yang ayam bertelur dan mengeram berdekatan kawasan mimbar, malah ada rumah ibadat itu yang terbiar begitu sahaja. Ini membazirkan wang.

"Budaya menyelenggara dan menghidupkan ukhuwah itu bukan tidak ada tetapi apa yang diharapkan Perdana Menteri iaitu nilai untuk setiap sen dikeluarkan kerajaan itu tidak berjaya dilakukan jika ini terus berlaku," katanya ketika melawat projek baik pulih dan kemudahan asas di sekitar daerah ini di Kampung Durian Chondong dekat sini semalam.

Lawatan itu disertai pegawai daripada Bahagian Audit Kementerian Kewangan yang melakukan lawatan terhadap 12 projek di bawah peruntukan membina dan membaik pulih membabitkan kemudahan awam serta kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Mustafa berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek, diharapkan semua kemudahan yang diberikan dapat digunakan sepenuhnya dan bukan hanya tahu meminta tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita mahu apabila mereka memohon dan ia diluluskan, semua kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya kerana ia membabitkan peruntukan yang banyak dan adalah merugikan jika ia sekadar menjadi perhiasan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 SEPTEMBER 2012

Tiada ulasan: