PENGUNJUNG SETIA

14 September 2012

VETERINAR JOHOR SEDIA RM1 JUTA


LEDANG: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor menyediakan peruntukan RM1 juta kepada 100 penerima di seluruh negeri ini menerusi Projek Program Azam Tani untuk tahun ini.

Pengarahnya, Dr Kamaruddin Md Isa berkata, bantuan berupa peralatan dan benih ternakan itu sebagai rangsangan bagi menggalakkan orang ramai terutama berpendapatan rendah menceburi bidang penternakan bagi menambah pendapatan.

"Walaupun Johor adalah gedung terbesar pengeluaran makanan berasaskan ternakan, namun kami berharap peranan itu dapat diperluaskan.

"Hasil seperti ternakan ayam, lembu, kambing dan telur ayam sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam negara," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Azam Tani 2012 Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Penolong Pegawai Daerah Ledang, Shamsul Arif Sulaiman.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 SEPTEMBER 2012

Tiada ulasan: