PENGUNJUNG SETIA

26 September 2012

21 TERIMA WANG TUNAI, BARANG KEPERLUAN

AB. Han Ramin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Ledang, baru-baru ini. 
 
LEDANG 25 Sept. - Seramai 21 golongan kurang berkemampuan di daerah ini menerima bantuan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar daripada Majlis Daerah Tangkak (MDT) baru-baru ini.

Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin berkata, bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian itu diberikan kepada penerima terpilih daripada kaum Melayu, Cina dan India.

"Program sumbangan ini bertujuan merealisasikan peranan MDT sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin dengan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan pentadbirannya.

"Terdapat golongan kurang berkemampuan tinggal di kawasan taman perumahan yang perlu diberi perhatian dan menerusi program ini MDT menghulurkan sumbangan sewajarnya," katanya pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan di pekarangan pejabat MDT di sini.

Turut hadir, Setiausaha MDT, Hafiz Aliman; Ketua Whip MDT, Abu Othman dan ahli- ahli Majlis MDT.

Menurut Ab. Han, beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban dan menggembirakan keluarga penerima tanpa mengira kaum berikutan kos hidup yang semakin tinggi.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 SEPTEMBER 2012

Tiada ulasan: