TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

05 Februari 2013

MAYAT PEMANCING DITEMUI TERAPUNG

Wartawan Sinar Harian
Mayat pemancing ditemui terapung
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke HPSF.
 
MUAR - Mayat seorang pemancing yang terjatuh ke dalam Sungai Muar berhampiran Kampung Semandar, Grisek, Ledang, di sini, petang kelmarin ditemui jam 8.10 pagi, semalam.

Mayat mangsa, Muhammad Syafie Salleh, 30, ditemui terapung oleh orang awam di Panchor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian selepas hampir 48 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat berserta agensi lain.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Omar Saat berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.

“Penemuan mayat itu dimaklumkan kepada Balai Polis Panchor sebelum pihak polis menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir untuk menyelamatkan mayat berkenaan.

“Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Penduduk kampung yang menjumpai mayat mangsa, Hanafi Md Taib, 39, berkata, pada jam 8.10 pagi,  dia terlihat satu objek hitam terapung pada jarak 250 meter dari sungai yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Melayu, Panchor.

Menurutnya, objek hitam yang tersangkut di celah pokok itu mula bergerak mengikut arus apabila air sungai mulai surut.

“Apabila tiba di rumah jiran, mereka memaklumkan objek hitam berkenaan adalah mayat manusia,” katanya.

Hanafi berkata, dua hari kebelakangan ini, dia memang kerap meninjau sungai di belakang rumah dengan harapan mayat Syafie ditemui.

“Penantian itu berakhir apabila saya temui objek hitam di belakang rumahnya sebelum menyuruh jiran menghubungi pihak polis, " katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Muhammad Syafie bersama lapan rakannya bercuti, di sini untuk memancing dengan menaiki dua bot. Namun, bot dinaiki terbalik dan mangsa hilang manakala  rakannya, Rasyidah Isa, 26, berjaya diselamatkan dalam kejadian jam 1.10 petang kelmarin.

SUMBER: SINAR HARIAN, 5 FEBRUARI 2013

Tiada ulasan: