TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

15 Februari 2013

TAK MUSTAHIL BR1M JADI RM1,000

Muhyiddin Yassin menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada salah seorang penerima dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan BR1M di Bukit Pasir dekat Muar, semalam. - BERNAMA
LEDANG 14 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan tidak mustahil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang ditambah menjadi RM1,000 sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat mentadbir negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bukan satu masalah atau cerita bohong kerana apa yang penting kerajaan sedia ada perlu memenangi pilihan raya umum akan datang serta mempunyai kemampuan kewangan untuk terus membantu rakyat.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada atau tidak BR1M 3.0 dan BR1M 4.0. Beliau kata ada, dengan syarat BN terus berkuasa, barulah ada BR1M (lagi).

"Manalah tahu kalau rezeki bertambah, RM500 naik kepada RM1,000. Nak tolak BN, tolak rezeki namanya," katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan BR1M kepada 2,042 orang bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Felda Sri Jaya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh meminta rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak menolak tuah dengan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN.

Beliau berkata, sokongan padu itu dapat menjamin masa depan mereka terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketika ini juga, tambah beliau, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha menjaga kebajikan rakyat sekali gus menafikan fitnah pembangkang kononnya BN bertindak zalim dengan membiarkan rakyat papa kedana dan hidup susah.

"Pembangkang kata BN zalim, seksa rakyat, kata kita tidak tolong rakyat. Rakyat jangan mudah termakan janji. Yang sudah elok, kita baiki lagi. Saya tidak kata BN elok 100 peratus. Dalam keluarga kita di rumah pun ada masalah. Sedangkan lidah lagi tergigit.

"Hari ini, BN sudah tunai banyak janji, cuma belum capai tahap negara maju. Kalau kita pergi ke negara jiran, nampak jauh bezanya apatah lagi kalau dibanding dengan (sesetengah negara) Afrika dan Mesir yang berperang," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak sepatutnya merosakkan negara hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara sebaliknya menilai usaha kerajaan mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.

 
TAN Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Bukit Serampang, di Dewan Awam Felda Sri Jaya, di Ledang, Johor hari ini. - UTUSAN
 
LEDANG 14 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa tidak mustahil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang bertambah jumlahnya daripada RM500 kepada RM1,000.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah tersebut bukan satu masalah selagi Barisan Nasional (BN) terus diberi kuasa dan mandat oleh rakyat untuk terus memerintah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada masyarakat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Dewan Awam Felda Sri Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 15 FEBRUARI 2013

Tiada ulasan: