PENGUNJUNG SETIA

05 Oktober 2013

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA MASKOT PELANCONGAN DAERAH LEDANG 2013


PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN MEREKA CIPTA MASKOT PELANCONGAN DAERAH LEDANG 2013.
 
Dengan segala hormatnya berhubung perkara di atas.
 
2. Sukacita, dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Tangkak akan mengadakan pertandingan  mereka cipta maskot pelancongan Daerah Ledang 2013, bersempena dengan halatuju pelancongan Daerah Ledang pada tahun ini.
 
3. Sehubungan dengan itu, Y.B. Dato’/ Tuan/ Puan/Encik/Cik adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan mereka cipta maskot pelancongan Daerah Ledang 2013 sepertimana berikut :
 
 Aktiviti yang dipertandingan         
 Pertandingan Mereka Cipta Maskot  Pelancongan Daerah Ledang 2013.    
      
Tarikh tutup penyertaan
14 Oktober 2013
 
4.  Bersama-sama ini dipanjangkan syarat-syarat pertandingan beserta dengan borang pertandingan seperti di lampiran untuk perhatian dan tindakan pihak Y.B. Dato’/Tuan/Puan/Encik/Cik.
 
5.  Dimaklumkan juga bahawa semua penyertaan hendaklah dengan mengemukakan borang yang disediakan seperti di lampirkan (Borang dibenarkan untuk dibuat salinan dan perlu dikemukakan kepada :
 
Seketariat Pelancongan Daerah Ledang,
Jabatan Perancangan Bandar dan Lanskap,
Pejabat Besar,
Majlis Daerah Tangkak,
Peti Surat No. 63,
84907 Tangkak, Johor.
 
6.  Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai perkara ini, boleh berhubung dengan pihak Seketariat Pelancongan Daerah Ledang, Majlis Daerah Tangkak seperti yang berikut :
 
a) En. Wira Syariza bin Tahir.(06-9781261/9782226)
b) Puan Nurul Shuhadah Binti Ibrahim.
 
7.  Kerjasama dan perhatian awal pihak Y.B. Dato’/Tuan/ Puan/Encik/Cik dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
(SULAIMAN BIN ISMAIL)
Setiausaha
bp. Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak.
 
 
 
 
 
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tarikh Tutup Pertandingan di lanjutkan sehingga 25 Disember 2013. sila layari https://www.facebook.com/pages/Pelancongan-Daerah-Ledang-MDTangkak/476092425772306 utk maklumat lanjut atau ke laman web Majlis Daerah Tangkak.