PENGUNJUNG SETIA

08 Mei 2009

2 BERANAK BERSILAT LAWAN PEROMPAK

TANGKAK: Demi keselamatan keluarga, seorang bapa dan anak perempuannya bersilat dengan tangan kosong menentang sekumpulan perompak warga Indonesia dan tempatan bersenjatakan parang yang menceroboh kediaman mereka di Kampung Parit Babok dekat Bukit Gambir, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, Md Senin Omar, 52, cedera di kedua-dua mata dan leher, manakala anaknya, Norzahini, 23, cedera di tangan kanannya selepas terkena parang yang dilibas oleh perompak berkenaan.

Md Senin ketika ditemui berkata, kejadian berlaku apabila empat lelaki yang menutup separuh muka mereka dengan baju T, memecah masuk ke rumahnya selepas memotong besi tingkap dapur.

SUMBER: HARIAN METRO, 8 MEI 2009

Tiada ulasan: