TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

13 Februari 2010

USTAZ DITUDUH CABUL MURID

MUAR: Seorang ustaz berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas empat pertuduhan mencabul murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat Tangkak, dalam kejadian tahun lalu dan awal tahun ini.

Samsul Bahri Saleh, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor`iza Mohamed.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba paha dan alat sulit murid berusia 10 tahun, jam 1.30 petang, antara 1 Februari lalu hingga 5 Februari lalu di kelas 4 Anggerik di sekolah berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Samsul Bahri didakwa melakukan kesalahan yang sama dengan meraba alat sulit seorang lagi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang pada tahun lalu, di sekolah yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan jam 1.20 tengah hari pada tahun lalu dengan meraba alat sulit mangsa yang berusia 10 tahun dan pertuduhan keempat membabitkan dakwaan meraba buah dada murid tahun empat pada jam kira-kira 1.30 tengah hari, 8 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Fadhli Sutris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhamad Fadhli meminta tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan tetapi tertuduh merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan beliau menanggung isteri dan anak serta keluarga bapanya, selain ada tunggakan hutang kenderaan.

Mahkamah memerintahkan wang jaminan dikenakan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan 15 April ini.

SUMBER: BERITA HARIAN, 13 FEBRUARI 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih jugak dengar berita ni. tapi harap tak benar. Kalau benar, jadi peringatan pada semua, kalau orrang berilmu agama macam ustaz kalah dengan godaan, orang awam yang jahil lagilah teruk.. seawal sekolah menengah pun daha ramai yang berzina, mengandung, buang anak. Kejahatan dah merata meliputi semua pihak..tanda kiamat. Harap kes ini terpencil dan tidak berlaku lagi.