PENGUNJUNG SETIA

12 April 2010

PKMM PATUT PANTAU KONTRAKTOR TAK SIAP KERJA

LEDANG: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi semalam membidas tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mempertikaikan keputusan kementerian itu menyenarai hitam enam kontraktor yang gagal menyiapkan kerja walaupun dilanjutkan tempoh beberapa kali.

Beliau berkata, PKMM sepatutnya memantau kontraktor yang diberikan kerja dan memastikan mereka menyiapkannya mengikut jadual.

“Sepatutnya mereka (persatuan) memantau anggota mereka dan membantu menyiapkan kerja yang diberikan supaya mereka tidak disenarai hitam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan penyampaian hadiah kecemerlangan di Sek Men Sains Muar di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan PKMM agar kementerian itu menimbang semula tindakan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berkenaan. — Bernama

SUMBER: HARIAN METRO, 12 APRIL 2010

Tiada ulasan: