PENGUNJUNG SETIA

11 Disember 2011

BALAI BOMBA BARU DI BUKIT GAMBIR

MUAR 10 Dis. - Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri ini dapat diperluaskan lagi dengan Balai Bomba Bukit Gambir di daerah Ledang yang bakal memulakan operasi pada 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Ab. Ghani Daud berkata, balai bomba yang bernilai RM9 juta tersebut akan menempatkan sebuah jentera bomba dengan kekuatan sebanyak 17 anggota.

"Kita meletakkan sebuah jentera dahulu dan kita akan gandakan lagi pada masa depan. Selain itu, anggota juga diminta bertugas untuk tempoh 24 jam bagi tempoh permulaaan ini," katanya di sini, semalam.

Katanya, selain kawasan Bukit Gambir, perancangan juga disusun bagi pembinaan sebuah lagi balai bomba di Pagoh dalam daerah Muar.

"Kita mengenal pasti tapak tanah seluas 10 hektar untuk bina balai bomba baru ini dan dijangkakan projek pembinaannya menerima peruntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11," katanya.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 11 DISEMBER 2011

Tiada ulasan: