TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

18 Disember 2011

MB: KEKALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor

Senam ... Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman bersama Senator, Tuan Haji Ahamat Yusop (kanan), dan Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin (kiri), sedang melakukan senaman J-Robik di Dewan Serbaguna, Sungai Mati.

LEDANG: Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program yang menjurus kepada amalan gaya hidup sihat di kalangan rakyatnya bertepatan dengan dasar pembangunan holistik mengenai kualiti hidup.

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata penekanan terhadap gaya hidup sihat itu sudah pun dijalankan lebih 10 tahun lalu melalui aktiviti senaman J-Robik dan kini Program 10,000 langkah sehari.

“Kerajaan mengambil pendekatan mengajak masyarakat di semua peringkat mengadakan aktiviti bersenam melalui J-Robik di mana gerakan yang terkandung dalam senaman itu sesuai untuk semua golongan.

“Gabungan gerakan dalam seni silat, silambam, tai chi dan zapin dalam program J-Robik membantu individu melakukan senaman dan pergerakan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Jom Jalan 10,000 Langkah Sehari (JJ10,000LS) Peringkat Daerah Ledang di Dewan Sukan Komuniti Pulau Penarik dekat Sungai Mati, di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, JJ10,000LS wajar dijadikan amalan harian sebagai satu bentuk riadah kerana ia dapat membantu pengamalnya menjalani lebih sihat.

Menurutnya, selain melakukan senaman, cara pemakanan yang sesuai juga penting bagi menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit yang berpunca daripada makanan yang diambil setiap hari.

SUMBER: KHABAR ORANG JOHOR MEDKOM.MY, 18 DISEMBER 2011

Tiada ulasan: