PENGUNJUNG SETIA

12 November 2013

TENGKORAK DISANGKA PATUNG MAINAN PLASTIK

Ledang: "Saya sangkakan patung mainan plastik yang dibuang, rupanya tengkorak manusia," kata pemotong rumput, Ishak Sali, 53, yang terkejut menemui tengkorak ketika menjalankan tugas di Kilometer 44.8, Jalan Ledang-Segamat.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari semalam, Ishak sedang memotong rumput di tepi kanan jalan berkenaan apabila terlihat seluar jeans biru dan baju dalam parit, manakala tengkorak terletak di tepi pakaian berkenaan.

Ishak berkata, pada mulanya beliau tidak menghiraukan penemuan itu kerana menyangka ia patung mainan plastik dan pakaian yang dibuang.

Jumpa topi keledar biru

"Bagaimanapun, apabila melihat lebih dekat, saya mendapati lalat mengerumuni tengkorak itu, selain bau busuk menyebabkan saya memanggil rakan sekerja bagi memeriksanya dengan teliti," katanya.

Ishak berkata, rakannya, Othman Ibrahim, 50, terkejut apabila menemui mayat yang hampir reput menyebabkan mereka terus menghubungi polis.

"Di bahagian kaki rangka manusia itu, kami menjumpai topi keledar biru, selain baju warna cerah yang juga hampir reput," katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak, mengesahkan penemuan tengkorak yang jantinanya belum dikenal pasti.
 
SUMBER: BH 12 NOVEMBER 2013

Tiada ulasan: