Pustaka desa masih diminati
|
|
Buktinya, lebih 30 orang berkunjung ke perpustakaan desa itu setiap hari dan rata-rata daripada mereka menggunakan peluang tersebut untuk mengulang kaji pelajaran.
Penolong Pegawai Perpustakaan itu, Nurafiqah Ghafan berkata, perpustakaan tersebut tidak pernah lengang walaupun tempat duduknya agak terhad.
Menurutnya, golongan pelajar memilih untuk mengulang kaji pelajaran di perpustakaan berkenaan kerana tempatnya yang senyap dan tenang berbanding mengulang kaji di tempat lain.
"Sejak perpustakaan ini dibuka, golongan pelajar merupakan yang lebih kerap ke sini dan ini membuatkan perpustakaan ini tidak sunyi daripada pengunjung," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Selain terdapat pelbagai jenis buku termasuk buku akademik dan rujukan, peralatan seperti meja dan kerusi yang berwarna-warni di situ turut menarik perhatian pengunjung.
Nurafiqah berkata, setakat ini perpustakaan itu mempunyai lebih 3,000 naskhah buku dan kebanyakan daripadanya adalah buku rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, selain novel.
"Buku-buku yang terdapat di sini adalah sumbangan daripada perpustakaan negeri dan ia memberi pelbagai kemudahan kepada golongan pelajar yang mengulang kaji pelajaran ataupun mengisi masa lapang di sini," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Kampung Tanjung Agas, Nordin Ahmad memberitahu, pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) akan sentiasa membantu perpustakaan desa itu dan mengambil bahagian sekiranya ada program dijalankan di situ.
"Cuma apa yang kami harapkan supaya bilangan buku yang ada di perpustakaan ditambah dan tidak tertumpu kepada golongan remaja kerana masih ada lagi golongan dewasa terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas masih meminati bahan bacaan," katanya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 12 JULAI 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan