PENGUNJUNG SETIA

25 Julai 2008

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008 DI SAGIL PARIT 3, LEDANG

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008 DI SAGIL PARIT 3, LEDANG

LEDANG: Tanggal 25 Julai 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi penduduk Kampung Sagil Parit 3 dan kampung-kampung sekitarnya apabila konvoi Kembara Mahkota Johor 2008 (KMJ) menjadikan kampung itu sebagai destinasi persinggahan bagi daerah Ledang.
Rombongan Tunku Mahkota Johor tiba di kampung itu kira-kira jam 11.00 pagi, disambut oleh para penduduk kampung walaupun hujan turun pada pagi itu.

Rombongan disambut dengan paluan kompang oleh anak-anak muda Kampung Sagil dan alunan irama kempling oleh Perkumpulan Kempling Parit Kassan.

Perkumpulan Kempling Parit Kassan sedang mempersembahkan permainan kempling sempena Kembara Mahkota Johor 2008 di Sagil Parit 3. (Gambar: Adisabariman)

Tunku Mahkota Johor kemudian menyertai sukan rakyat iaitu permainan getah buntui, baling tin, menyumpit dan tolak tali.

(Gambar: Adisabariman)

Selepas acara sukan rakyat, TMJ kemudian menikmati 'nasi ambeng' bersama-sama para pemimpin yang turut hadir iaitu, Menteri Besar Johor, Datuk Hj Abd Ghani Othman, Datuk Azalina Othman Said, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Pegawai Daerah Ledang, Haji Asmail Abd Kadir serta wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Ledang.

Tunku Mahkota Johor sedang menikmati 'nasi ambeng' bersama-sama pemimpin yang turut serta dalam Kembara Mahkota Johor di Sagil Parit 3, Ledang. (Gambar:Adisabariman)

TMJ berkenan menyampaikan bantuan 40 buah basikal dan tiga buah kerusi roda kepada pelajar-pelajar sekolah dan OKU sumbangan Majlis Agama Islam Johor juga bantuan kepada golongan miskin serta tiga buah komputer kepada tiga buah sekolah di sekitar Sagil.

Tuanku Mahkota Johor bersalaman dengan penerima bantuan basikal sambil diiringi Pengarah MAIJ, Datuk Haji Zalil Baron. (Gambar: Adisabariman)

Rombongan KMJ kemudian bersalaman dengan penduduk dan sebelum itu bacaan doa telah dibacakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Muar/Ledang, As-Sheikh Ahmad Hanif dan kemudian konvoi KMJ berlepas ke Segamat.

Tiada ulasan: