PENGUNJUNG SETIA

09 Mac 2011

83 PELAJAR DIKUARANTIN

MUAR – Seramai 83 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar dikuarantin, sementara dua lagi pelajar dimasukkan ke dalam wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar kerana menghadapi penyakit serupa influenza (ILI) selepas mengalami selesema Isnin lalu.

Kesemua pelajar tersebut tinggal di asrama sekolah berkenaan dan dikejarkan ke Klinik Maharani di HPSF pada jam 7 malam.

Berikutan kejadian itu, dua daripada pelajar tersebut iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan, kedua-duanya tingkatan empat dimasukkan ke wad kerana demam pada suhu sangat tinggi.

Sementara itu, dua guru wanita yang sedang mengandung diarah bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Muar untuk sementara waktu bagi mengelakkan guru berkenaan berhubung dengan pelajar-pelajar yang menghadapi ILI.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar mengambil tindakan pantas dengan mengasingkan kelas pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang menghadapi ILI daripada pelajar yang sihat bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti ILI.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Dr Robia Kosai berkata, siasatan awal mendapati pelajar-pelajar terbabit menghadapi jangkitan selesema kira-kira jam 4 petang pada Isnin, lalu.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengambil tindakan pantas dengan menghantar kesemua pelajar itu ke Klinik Maharani untuk pemeriksaan.

“Hasil perbincangan dengan Pegawai Kesihatan Daerah Muar, Dr Zulkifli Othman telah memutuskan bahawa sekolah ini tidak ditutup kerana keadaannya masih terkawal.

“Sekolah ini akan terus mengasingkan pelajar-pelajar yang menghidap ILI sebagai langkah mengelakkan jangkitan ini daripada merebak lebih teruk,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 9 MAC 2010

Tiada ulasan: