PENGUNJUNG SETIA

10 Ogos 2011

60 SERTAI KEM BINA JUARA



LEDANG: Seramai 60 murid tahun lima dari 20 sekolah sekitar Muar dan Ledang menyertai Kem Bina Juara di Pusat Kokurikulum Denai Alam, di sini, anjuran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Muar, baru-baru ini.

Objektif kem dua hari itu yang juga program Jawi, Quran dan Fardu Ain (J-QAF) peringkat Muar dan Ledang adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kumpulan murid cemerlang berkenaan berkaitan taranum al-Quran, penulisan khat dan Bahasa Arab Komunikasi berpandukan modul berkaitan.

Penyelaras program, Zakaria Muhammad, berkata melalui kem itu, peserta terpilih berpeluang mengembangkan bakat di samping melahirkan murid berjati diri serta berketrampilan dalam bidang masing-masing.

"Peserta dibahagikan tiga kumpulan mengikut kumpulan sasar iaitu kem khat, taranum dan kem bahasa Arab yang dikendalikan fasilitator berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO, 10 OGOS 2011

Tiada ulasan: