TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

20 Ogos 2011

WARGA EMAS PERLU PERHATIAN

LEDANG – Kira-kira 10 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun suasana keceriaan itu tidak mampu dirasai oleh seorang warga emas, Fatimah Ismail , 64, dari Parit Bilal Tanjung Gading, di sini.

Tragedi kemalangan jalan raya yang menimpanya pada 1997 nyata telah meragut seluruh kegembiraan kehidupan Fatimah.

Sejak daripada peristiwa itu, tahap kesihatannya semakin merosot sehinggalah dia lumpuh seluruh anggota badan pada 2004 kesan daripada tragedi berkenaan.

:Masalah lumpuh yang dihadapi Fatimah menyebabkan kehidupannya semakin terhimpit kesusahan kerana tiada pendapatan.

Namun, pada 2003 kehidupannya sedikit ceria apabila menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Fatimah berkata, kerana tiada punca pendapatan lain wang bantuan itu tidak mencukupi berikutan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak untuk membeli lampin pakai buang, susu dan ubat- ubatan.

Menurutnya, dia sering terputus bekalan ubat kerana tidak mampu untuk membeli ubat di farmasi berhampiran kerana ketiadaan wang.

“Saya juga sering diserang penyakit kancing gigi pada waktu malam terutamanya jika cuaca sejuk,” katanya kepada Sinar Harian.

“Mujur setiap kali terkena kancing gigi saya tidak pernah berseorangan dan ditemani anak sejak hampir dua tahun lalu,” katanya.

Fatimah berkata, disebabkan tinggal bersendirian sejak lumpuh telah memaksa anaknya Khairul Anuar Hashim, 35, berhenti kerja semata-mata untuk menjaganya.

“Khairul Anuar tidak dapat bekerja kerana seharian terpaksa menjaga makan dan minum saya di rumah.

“Keadaan anggota badan saya sangat teruk kerana tidak mampu menyuap makanan sendiri dan mengharapkan bantuan daripada anaknya,” katanya.

Menurutnya, sejak Khairul Anuar tidak bekerja keadaan keluarganya terus dihimpit kemiskinan dan segala persiapan menyambut hari raya belum dilakukan.

“Sejak lumpuh, saya juga jarang menerima sumbangan bantuan pada Ramadan juga Aidilfitri.

“Saya mengharapkan kepada mana-mana insan pemurah untuk menghulurkan bantuan sempena kedatangan hari raya tidak lama lagi,” katanya.

Fatimah berkata, di sebalik kesedihannya terpalit kegembiraan apabila memiliki kediaman sendiri bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

SUMBER: SINAR HARIAN 20 OGOS 2011

Tiada ulasan: