TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

03 Ogos 2011

PEKERJA TRAK TUNDA MAUT KERETA DIPANDU TERBABAS

LEDANG 2 Ogos - Seorang pekerja trak tunda maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah kereta lain sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Parit Bunga, Jalan Muar-Tangkak, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, mangsa, Mohd. Razif Yahya, 25, berasal dari Kampung Sri Maamor, Pagoh, meninggal dunia akibat cedera parah selepas tercampak keluar dari kereta Proton Wira.

Difahamkan kemalangan berlaku semasa kereta mangsa dari Muar cuba mengelak merempuh sebuah kereta Perodua MyVi yang keluar dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Parit Bunga.

Pemandu Perodua MyVi yang juga Penyelia Pusat Jagaan Warga Emas itu, Norzaimah Bidin, 42, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 3 OGOS 2011

Tiada ulasan: