PENGUNJUNG SETIA

29 Ogos 2013

REMPUHAN KORBAN NYAWA

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Muar: “Kami pergi ziarah saudara meninggal dunia, tak sangka pula dalam perjalanan pulang, emak dan emak saudara saya turut terbunuh,” kata Siti Nur Suhada Abdul Rahim, 20, yang terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa di Bukit Kangkar, Jalan Sungai Mati-Tangkak di sini, semalam. 

Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki lapan bersaudara melanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Batu 8, Bukit Kangkar.

Mangsa yang terbunuh ialah tiga beradik, Jasilah Othman, 43 (pemandu); Mahani, 56 (ibu Siti Nur Suhada) dan Rokiah Othman, 62. Dua lagi ialah suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, dan saudara mereka, Ramlah Abu Bakar, 66.

Jasilah, Rokiah dan Mahani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Basiron dan Ramlah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Foto
LIMA sekeluarga yang maut dalam kemalangan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Amat, Muar, semalam.

Foto
KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas.

Foto
TIGA mangsa yang maut di tempat kejadian.


Siti Nur Suhada berkata, mereka lapan bersaudara bertolak dari Bandar Tenggara pagi kelmarin ke bandar ini untuk mengambil ibu saudara sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada petang hari sama bagi menziarahi ibu saudara yang meninggal dunia.

SUMBER: HARIAN METRO, 29 OGOS 2013

Tiada ulasan: