PENGUNJUNG SETIA

29 Ogos 2013

'SAYA TAK SANGGUP LIHAT MANGSA BERMANDI DARAH'

Ledang: "Saya tergamam melihat pemandu Toyota Avanza yang merempuh treler saya sudah meninggal dunia dan tidak sanggup melihat penumpang lain bagai bermandi darah," kata pemandu treler, Sapuan Tunas, 44.

Sapuan yang ditemui di Balai Polis Sagil di sini, berkata melihat orang ramai kemudian membantu mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Ini kemalangan paling ngeri pernah saya alami sejak menjadi pemandu treler. Kejadian ini sangat menyayat hati dan membuat saya trauma," katanya.

Ditanya bagaimana kemalangan berlaku, Sapuan berkata, ketika itu beliau baru memberhentikan trelernya di bahu jalan, depan warung di Bukit Kangkar di sini, untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghantar barangan.

"Saya baru nak menyuap makanan apabila dikejutkan dengan dentuman kuat seperti letupan bom dan jeritan pelanggan warung.

"Bagai mahu luruh jantung saya apabila menyedari dentuman itu datang dari arah treler saya dengan sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna) remuk teruk selepas merempuhnya," katanya.

Sapuan berkata, sudah menjadi rutinnya sejak 22 tahun lalu untuk berhenti di gerai itu setiap kali ditugaskan menghantar barangan ke Kuala Lumpur.

SUMBER: BH 29 OGOS 2013

Tiada ulasan: