PENGUNJUNG SETIA

21 Oktober 2008

UMNO BUKAN UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU

Amanat pemimpin...Dato' Abdul Ghani berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Ledang di dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak

LEDANG, 20 Okt: Ahli UMNO digesa berjuang untuk parti dan bukannya untuk kepentingan individu atau kelompok tertentu sahaja.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata ia adalah satu daripada tiga asas yang digariskan dalam usaha mengembalikan semula kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perjuangan parti.

Katanya, proses pemulihan serta pengukuhan UMNO pasca Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) itu juga perlu memperjuangkan keadilan dan membela golongan yang wajar dibela.

“Dengan berpegang kepada prinsip asas ini, saya percaya kita akan mendapat sokongan sepenuhnya masyarakat Melayu sama ada di bandar atau desa, golongan tua atau muda dan juga kaum lain.

“Sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO adalah parti untuk semua dengan berpaksi kepada Perlembagaan Negara yang menjadi asas pembentukan negara bangsa,” katanya kepada media selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak di sini semalam.

Terdahulu Abdul Ghani yang juga Ketua UMNO bahagian Ledang menghadiri mesyuarat bersama kira-kira 508 perwakilan dari 136 cawangan UMNO dalam parlimen tersebut.

Menurutnya, UMNO pada masa ini dilihat sebagai lemah kerana sentiasa diasak dengan pelbagai cabaran dan ancaman sama ada dari luar atau dalam parti itu sendiri.

Beliau menyeru supaya kelemahan itu segera diperbaiki agar UMNO kembali mendapat sokongan rakyat pada PRU 13.

SUMBER: WEB PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR, 20 OKTOBER 2008

1 ulasan:

Soffian Shariff berkata...

memang betul UMNO bukan untuk kepentingan individu...

saya pelik tengok orang penyokong pembangkang... bile ahli BN pakai kereta besar, dikatanya rasuah, bile pembangkang pakai kereta besar dilaungkan ALLAHUAKBAR !!!!

hanya orang2 yang buta hati sahaja kan menyokong pembangkang...