UMNO Johor terbuka calonkan pemimpin pada pemilihan parti
MUAR 4 Okt. – UMNO Johor mengamalkan dasar terbuka dalam memilih mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti itu Mac depan meskipun terdapat ramai pemimpin UMNO dari negeri ini menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Ghani Othman memberitahu, walaupun ramai pemimpin UMNO Johor menawarkan diri untuk bertanding sama ada di peringkat Majlis Tertinggi (MT) atau jawatan yang lebih tinggi, keputusan itu terletak pada perwakilan di peringkat bahagian untuk menentukannya.
Menteri Besar Johor itu berkata, perwakilan bahagian akan memilih calon pilihan mereka apabila mesyuarat peringkat tersebut bermula pada 9 Oktober ini dan ia akan disusuli dengan pemilihan calon di peringkat Pusat pada Perhimpunan Agung parti Mac depan.
“Saya percaya suara daripada perwakilan akan menjadi lebih jelas dalam pencalonan yang akan dibuat tidak lama lagi. Mereka akan menimbangkan mana-mana calon yang datang dari mana-mana negeri untuk dipilih.
“UMNO Johor sentiasa terbuka dari segi amalan (sokongan) dalam pemilihan seperti yang diamalkan pada masa lalu walaupun negeri ini mempunyai ramai calon,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Sungai Mati di sini hari ini.
Abdul Ghani diminta menyatakan pendirian Badan Perhubungan UMNO negeri Johor berikutan ramai pemimpin parti dari negeri ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan Mac depan.
Antara pemimpin UMNO dari Johor yang sudah mengumumkan hasrat itu ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ketika ini merupakan ahli MT dan berhasrat bertanding jawatan naib presiden.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika ini masih belum mengumumkan keputusannya sama ada untuk bertanding mempertahankan jawatan tersebut atau merebut jawatan yang lebih tinggi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga sebelum ini mengumumkan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya, membayangkan untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi iaitu naib presiden.
Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, negeri Johor mempunyai sejumlah 26 Bahagian UMNO dan setiap satu bahagian akan membawa seramai 12 perwakilan ke Perhimpunan Agung parti tahun depan untuk memilih pucuk pimpinan UMNO.
“Dari mana pun calon-calon itu datang, sama ada utara atau selatan, keputusan itu hanya akan ditentukan perwakilan di peringkat bahagian," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau enggan memberi komen mengenai kedudukannya sama ada ingin bertanding merebut sebarang jawatan pada pemilihan parti tidak lama lagi.
Abdul Ghani memberikan alasan masih terlalu awal untuk beliau berbuat demikian.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 5 OKTOBER 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan