PENGUNJUNG SETIA

15 Oktober 2008

PERSATUAN SATUKAN PENEROKA

Johor: Persatuan satukan peneroka

ALBUM...Pengerusi Persatuan Peneroka Felda Parit Haji Idris, Hashim Gerong (dua dari kiri) serta para peneroka bergambar bersama Ahli Parlimen Ledang, Ir Hj Hamim Samuri (tiga dari kiri) pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pengurusan Felda tersebut.

MUAR: Pengurusan Felda Parit Haji Idris dekat Bukit Gambir, di sini, sentiasa menjaga kepentingan peneroka, walaupun mereka tidak tinggal dalam kawasan rancangan tanah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Peneroka Felda Parit Haji Idris (PPFPHI), Hashim Gerong, berkata berbanding dengan peneroka Felda lain di seluruh negara yang tinggal dalam kawasan rancangan tanah terbabit, peneroka Felda Parit Haji Idris tinggal dalam kawasan perkampungan berdekatan.

Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan peneroka sentiasa berhubung rapat antara satu sama lain, pihak pengurusan membentuk sebuah persatuan supaya mereka dapat berinteraksi melalui kegiatan berfaedah yang dianjurkan pihak pengurusan.

Beliau berkata, peserta juga digalakkan mencari sumber pendapatan sampingan bagi menjana ekonomi serta menabung dalam saham amanah untuk kegunaan masa depan termasuk membiayai persekolahan anak.

"Sempena Aidilfitri, peserta tidak ketinggalan menganjurkan majlis rumah terbuka yang turut dihadiri pemimpin masyarakat akar umbi dan kerajaan bagi mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat.

"Melalui kunjungan pemimpin di majlis berkenaan, membolehkan peneroka mengemukakan masalah terutama membabitkan bidang ekonomi dan pendidikan," katanya ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran PPFPHI, di Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

SUMBER: BERITA HARIAN, 15 OKTOBER 2008

Tiada ulasan: