MUAR, 4 Okt (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Johor menyerahkan kepada bahagian di negeri ini untuk memutuskan sendiri pencalonan jawatan tertinggi parti pada mesyuarat perwakilannya yang akan bermula Khamis ini sehingga 9 Nov.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Othman berkata badan itu tidak akan memihak kepada mana-mana calon setelah mendapati ramai tokoh termasuk dari negeri ini menawarkan diri bertanding jawatan penting menjelang pemilihan Mac tahun depan.
"Kita serahkan kepada perwakilan bahagian-bahagian untuk mencalonkan mana-mana pemimpin yang mereka kehendaki," katanya pada kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Sungai Mati di sini, Sabtu.
Katanya beliau percaya perwakilan Umno bahagian dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing termasuk dalam pemilihan dengan sempurna tanpa banyak masalah walaupun ada perebutan jawatan.
Beliau berharap mereka akan mengutamakan etika parti ketika mengadakan mesyuarat.
Setakat ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam yang juga Naib Presiden Umno telah mengumumkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan timbalan presiden pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual pada Mac tahun depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang juga Ketua Penerangan Umno akan mengumumkan keputusan mereka selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden parti mengumumkan sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan itu atau sebaliknya pada Khamis ini.

SUMBER:-- BERNAMA October 04, 2008 17:49 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan