PENGUNJUNG SETIA

02 Februari 2012

MDT LANCAR KEMPEN SENYUM 2012

LEDANG 1 Feb. - Majlis Daerah Tangkak (MDT) melancarkan Kempen Amalan Senyum 2012 bagi meningkatkan perkhidmatan mesra pelanggan sebagai usaha memupuk nilai murni dan budi bahasa yang tinggi dalam kalangan kakitangannya.

Yang Dipertuanya, Ab. Han Ramin berkata, kempen itu bukan bermaksud kesemua 130 kakitangannya tidak mesra pelanggan atau menerima aduan perkhidmatan tetapi menyahut seruan kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2012 yang mahu budaya mesra pelanggan ditingkatkan.

"Kita tidak menumpukan kepada perkhidmatan pegawai di barisan hadapan sahaja tetapi melibatkan semua tidak mengira kedudukan dan pangkat. Budaya senyuman semasa berurusan amat penting supaya perkhidmatan MDT sentiasa disenangi dan memuaskan,'' katanya di sini semalam.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 02 FEBRUARI 2012

Tiada ulasan: