PENGUNJUNG SETIA

23 Februari 2012

SASAR 1,000 SERTAI KAYUHAN BERBASIKAL LEDANG 2012

LEDANG 22 Feb. - Majlis Belia Daerah Ledang menyasarkan 1,000 orang menyertai Kejohanan Kayuhan Berbasikal Ledang 2012 di Dataran Ledang di sini Ahad ini.

Penganjur kejohanan, Mohd. Yatim Othman berkata, tiga kategori dipertandingkan iaitu Jamboree Mountain Bike sejauh 40 kilometer, kayuhan bebas (20 kilometer) dan kayuhan santai (lima kilometer).

"Hadiah wang tunai RM300 disediakan untuk juara serta masing-masing RM150 serta RM80 untuk tempat kedua dan ketiga. Setiap peserta juga akan menerima medal dan berpeluang memenangi cabutan bertuah aksesori basikal," katanya di sini semalam.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 FEBRUARI 2012

Tiada ulasan: