TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

16 Mac 2012

925 PERMOHONAN DALAM TALIAN DIPROSES

LEDANG: Majlis Daerah Tangkak (MDT), sudah memproses 925 permohonan menerusi kaedah dalam talian Unit Pusat Setempat (OSC), sejak diperkenalkan pada 13 April 2007.

Sepanjang tempoh itu juga, 886 permohonan diselesai dan diluluskan selaras piagam pelanggan diguna pakai OSC iaitu memberi penekanan kepada sistem penyampaian lebih bermutu.

Yang Dipertua MDT, Ab Han Ramin, berkata perkembangan itu menyuntik rangsangan baru kepada landskap sektor pembangunan hartanah di daerah berkenaan yang dipertanggungjawabkan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

"Sistem berkenaan diperkenalkan bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan terutama PBT dalam usaha memenuhi aspirasi kerajaan mempertingkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam di seluruh negara khasnya proses kelulusan.

"Sistem elektronik berkenaan mampu membuat penyerahan permohonan dan memprosesnya dengan lebih pantas. Ia adalah satu landasan bagi mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat berkaitan sesuatu projek dan kawalan terhadapnya," katanya, di sini, semalam.

Menurut Ab Han, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melancarkan sistem itu pada 2 Februari 2010 dan ia menyediakan kemudahan mengemukakan dan memproses permohonan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dari mana-mana lokasi.

SUMBER: HARIAN METRO, 16 MAC 2012

Tiada ulasan: