TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

03 Mac 2012

SUBRAMANIAM: SOKONGAN TAK BERUBAH MENJELANG PRU13

NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN

Dr-Subramaniam-menurunkan-tandatangan-sebagai-simbolik--merasmikan-bangunan-baru-sekolah-di-Sekolah-

LEDANG - Sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN) tidak pernah berkurangan, malah lebih baik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam berkata, dengan sokongan itu, beliau yakin BN mampu mengulangi kemenangan besar seperti mana pada PRU lalu, walaupun mungkin ada sedikit perbezaan di beberapa kawasan.

Menurutnya, pada keseluruhannya sokongan kaum India terhadap BN berada pada tahap antara 60 hingga 80 peratus.

“MIC kini memberi tumpuan dalam usaha untuk terus meningkatkan sokongan kepada BN terutamanya daripada kalangan generasi muda.

“Peningkatan sokongan juga adalah kesedaran kaum India daripada usaha yang dilakukan kerajaan dalam membela nasib mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bekoh, Tangkak dekat sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga berjaya menyelesaikan banyak masalah yang dikaitkan dengan kaum India.

“Ini adalah antara faktor utama yang mendorong kepada perubahan persepsi masyarakat India terhadap kerajaan untuk mereka terus menyokong kerajaan.

“Kaum India juga mula yakin bahawa kerajaan mampu membawa perubahan kepada taraf hidup, harapan dan masa hadapan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum India dengan dibuktikan menerusi pemberian peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan setiap tahun.

Jelasnya, sejak 2009 hingga 2011, perdana menteri telah meluluskan beberapa projek bernilai RM340 juta untuk tujuan pembangunan sekolah Tamil di seluruh negara.

“Daripada peruntukan ini, RM26.2 juta digunakan untuk membina bangunan baru di sembilan sekolah utama Tamil di Johor termasuk di SJKT Ladang Bekoh, Tangkak di sini,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 3 MAC 2012

Tiada ulasan: