TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

23 September 2009

100BPONDOK POLIS KOMUNITI DIBINA DI ISKANDAR MALAYSIA, AKHIR TAHUN INI

TANGKAK: Johor akan mewujudkan 100 pondok polis komuniti di Iskandar Malaysia membabitkan perbelanjaan RM82 juta menjelang akhir tahun ini, bagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membanteras jenayah.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata sekurang-kurangnya seorang anggota polis bersama enam anggota sukarelawan terlatih akan ditempatkan di setiap pondok polis berkenaan.

"Setiap pos polis komuniti akan dilengkapi kemudahan tempat tinggal anggota dan ia diletakkan di bawah pentadbiran ibu pejabat polis daerah yang membabitkan daerah Johor Bharu, Iskandar Malaysia, Kulai dan Pihak Berkuasa Pasir Gudang," katanya selepas mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Sungai Mati di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 rakyat pelbagai kaum mengunjungi rumah terbuka itu termasuk pemimpin parti komponen Barisan Nasional seperti bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan satu pondok polis komuniti di setiap 1,000 rumah ke arah memperlihatkan kehadiran anggota polis di mata masyarakat.

Mengulas lanjut program itu, beliau berkata, keenam-enam anggota sukarelawan polis itu akan dilatih oleh PDRM di peringkat tempatan antara tiga dan enam bulan sebelum ditempatkan di pondok polis komuniti berkenaan.

Selain itu, kerajaan akan meletakkan 2,000 kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik di kawasan awam, katanya. - Bernama

SUMBER: BERITA HARIAN, 23 SEPTEMBER 2009

Tiada ulasan: