PENGUNJUNG SETIA

03 September 2009

SISTEM SALURAN KONKRIT LANCARKAN PENGAIRAN SAWAH

Ditulis oleh Noor Hasrinazlin Hassan (Spacebar/Jelajah Johor)
Khamis, 03 September 2009 16:58

Ketua kampung, Ismail Long, dan seorang penduduk, menunjukkan punca sistem saluran konkrit. Mohd Fahmi Abu Bakar

Ketua Kampung, Ismail Long dan seorang penduduk menunjukkan punca sistem saluran konkrit. Foto: Mohd Fahmi Abu Bakar

LEDANG : Penanam padi di Kampung Teluk Rimba yang sebelum ini sering menghadapi masalah pengairan sawah mereka kini boleh menarik nafas lega dengan pembinaan sistem perparitan konkrit yang baru.

Sebelum ini, kebanyakan pesawah mengeluh kerana kekurangan air di sawah mereka akibat kebocoran sistem pengairan di situ yang seterusnya menjejaskan produktiviti.

Ketua Kampung, Ismail Long, berkata sistem saliran sepanjang kira-kira 4 kilometer bernilai RM1.6 juta itu akan dapat menampung keperluan pengairan 303 hektar sawah padi di situ.

Katanya, ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pesawah yang bergantung kepada hasil tanaman padi .

"Selain itu, dengan terbinanya sistem perparitan ini, penduduk kampung turut berpeluang menternak ikan air tawar di saliran berkenaan bagi menambah mata pencarian mereka.," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa seorang pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan ditempatkan di situ bagi mengawasi dan memastikan saluran itu dapat menyalurkan air ke sawah dengan lancar, di samping memantau kualiti air sungai supaya berada pada tahap tidak tercemar.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY 03 SEPTEMBER 2009

Tiada ulasan: