TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

16 September 2009

PAKAR TAFSIR AL-QURAN DI SETIAP DUN

TANGKAK 15 Sept. - Kerajaan Johor akan menempatkan seorang pakar tafsir al-Quran masing-masing di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu untuk membolehkan umat Islam mendalami kandungan al-Quran secara terperinci.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri menghantar pelajar-pelajar mendalami ilmu tafsir al-Quran di beberapa universiti di Timur Tengah.

Dengan penempatan itu, bererti kesemua 56 kawasan DUN di Johor akan mempunyai seorang pakar tafsir al-Quran yang berkelayakan untuk memberi tafsiran yang tepat mengenai isi kandungan kitab suci itu kepada masyarakat, katanya pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada masyarakat miskin bagi kawasan Parlimen Ledang semalam.

Abdul Ghani berkata, penempatan pakar tafsir al-Quran itu adalah sebagai lanjutan daripada program membudayakan al-Quran yang diperkenalkan di setiap daerah di Johor.

"Sudah tiba masanya bagi umat Islam bukan sahaja memahami terjemahan al-Quran tetapi mendalami huraian mendalam ayat-ayat al-Quran," katanya. - Bernama

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2009

Tiada ulasan: