TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

03 Oktober 2010

SATU KEHILANGAN BESAR; ASOJAN

SENAI – Keputusan Datuk Seri Samy Vellu untuk meletak jawatan sebagai Presiden MIC pada Januari tahun hadapan merupakan satu kehilangan besar bagi parti itu, namun ia perlu diterima dengan hati terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Setiausaha MIC negeri, M. Asojan berkata, keputusan Samy Vellu patut dihormati dan perkara itu bukan mengejutkan kerana beliau pernah memberitahu akan bersara daripada parti itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, khidmat jasa beliau bukan sahaja kepada parti, malah telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan kepada negara semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya satu masa dulu.

“Samy Vellu merupakan seorang pemimpin yang berjasa kepada masyarakat dan membawa banyak sumbangan. Kami di MIC sentiasa mengalu-alukan beliau menjadi penasihat biarpun tidak memegang jawatan dalam MIC lagi nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Katanya, MIC akan mengalami satu bab baru dengan pelantikan presiden baru nanti dan diharapkan penggantinya tidak membuat perubahan secara mendadak.

“Harapan kami supaya perlaksanaan sedia ada diteruskan, selain memberi perhatian kepada perkara-perkara yang masih belum atau sedang diselesaikan,” katanya.

Beliau juga berharapn anggota MIC akan terus kukuh bersatu semasa proses peralihan itu dan terus memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan turut menghormati keputusan Samy Vellu dan berpendapat adalah perkara biasa apabila seorang ahli politik bila tiba masanya meninggalkan pentas itu.

Presiden MIC itu berasal dari Kluang semasa mengumumkan keputusan itu kelmarin berkata, timbalan dan bekas setiausaha akhbarnya Senator Datuk G Palanivel akan menggantikannya.

Samy Vellu mengambil alih kepimpinan parti itu sebagai Timbalan Presiden pada 13 September 1979 berikutan kematian Tan Sri V Manickavasagam.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 3 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: