TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

08 Oktober 2010

REMAJA MAUT KEMALANGAN

LEDANG – Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya gagal dikawal lalu terbabas di Kilometer 2, Jalan Tanjung Agas, kira-kira jam 12.20, awal pagi semalam.

Mangsa, U Mohamed Ibrahim U Iskandar, 20, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala, kesan daripada terlanggar besi pengadang jalan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Harun Idris berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan di jalan utama Tangkak–Muar ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC lalu terbabas ke sebelah bahu kiri jalan dan terlanggar besi pengadang jalan.

“Mangsa yang bekerja sendiri di ladang kelapa sawit milik bapanya di Jamaluang, Kota Tinggi dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Jalan Hashim, Muar. Ketika kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya dipercayai menunggang motosikal secara laju.

“Kegagalan mengawal kelajuan motosikal mengakibatkan mangsa terseret bersama motosikal sejauh 80 meter daripada tempat kejadian yang dipercayai beliau terbabas dalam kemalangan itu,” katanya.

Harun berkata, mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat bagi mendapatkan punca sebenar kematian.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 8 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: