TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

20 Oktober 2010

LEKAT BELAKANG TRELER

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa semalam.
MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa semalam.

SEREMBAN: Seorang penyelenggara bangunan maut dalam keadaan mengerikan apabila motosikal ditunggangnya melekat pada bahagian belakang sebuah treler selepas melanggar kenderaan berat itu di Kilometer 259.2 Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar Port Dickson di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Syadidi Zikri Hairi, 26, dari Johor ( iNFOLEDANG: Tanjung Agas, Ledang), mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

“Mangsa dalam perjalanan ke ibu kota menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai gagal mengelak lalu melanggar belakang kenderaan berat itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia lingkungan 30-an sudah membuat laporan polis.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, untuk bedah siasat.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, pemandu treler dikenali sebagai Badrul Hisham, 30-an, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan trelernya sebelum dikejutkan dengan satu dentuman kuat di bahagian belakang.

Menurutnya, dia bergegas memeriksa sebelum melihat sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kanan trelernya menyebabkan penunggangnya mati di tempat kejadian.

Sebelum itu, katanya, dia terpaksa memberhentikan treler dipandunya di bahu jalan kerana mengalami masalah brek kira-kira jam 6.30 pagi untuk dibaiki.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Taufiq Abd Samad di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.

SUMBER: HARIAN METRO, 20 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: