TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

30 Oktober 2010

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

LEDANG – Rakyat Johor diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pengaruh yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dengan perpecahan yang berlaku akan memudahkan golongan tertentu untuk melaksanakan agenda mereka yang diimpikan di negeri ini sejak sekian lama lagi.

Menurutnya, rakyat perlu bersatu hati untuk mempertahankan setiap apa yang telah dinikmati sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

“Ini kerana keamanan yang dikecap hari ini adalah hasil kepimpinan kerajaan yang mementingkan pembangunan tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bungkusan Kepada Keluarga Miskin Sempena Perayaan Hari Depavali oleh Juita Negeri Johor Peringkat Daerah Ledang di sini, semalam.

Selain itu, Abdul Ghani juga menggesa masyarakat supaya mengekalkan budaya hormat menghormati terutamanya di antara golongan muda dan tua.

“Sempena Depavali ini, diharapkan masyarakat dapat mengambil peluang untuk memperkukuhkan semula rasa hormat menghormati yang semakin pudar,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 30 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: