TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

07 Oktober 2010

AZMIN TIDAK KENANG BUDI: ASOJAN

SENAI - Pemimpin muda negara ini perlu menunjukkan contoh yang baik untuk golongan muda ikuti tidak kira daripada mana-mana parti.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri M Asojan menyifatkan Azmin Ali tidak mengenang jasa Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap apa yang telah dilakukan kepada negara sebelum ini.

“Sebagai individu, kita sememangnya tahu sumbangan Tun Mahathir kepada pembangunan negara sehingga negara kita yang dahulunya berada sebagai negara pertanian, kini telah menjadi sebuah negara perindustrian.

“Kemajuan yang kita capai hari ini adalah atas titik peluh pemimpin itu (Tun Mahathir). Jadi jika ada pemimpin yang ingin memberi kenyataan seumpama itu, mereka umpama tidak kenang budi dan jasa Tun pada negara sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Menurutnya, Azmin sebagai pemimpin yang masih muda seharusnya menunjukkan keperibadian baik bagi menjamin golongan muda negara ini menghormati golongan tua.

“Tun Mahathir merupakan seorang negarawan manakala Azmin pemimpin yang masih muda. Jika begini cara pemimpin muda menilai pemimpin negarawan, adakah ini cara yang baik untuk orang muda hormati golongan tua?

“Apa sekali pun ini satu perbuatan yang tidak seharusnya dicontohi orang muda yang tidak hormat kepada negarawan yang banyak berjasa memberi sumbangan dan kemajuan kepada negara.

“Jangan kerana pemikiran politik cetek kita menidakkan sesuatu yang nyata dan dapat dilihat,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 7 OKTOBER 2010

Tiada ulasan: